Thursday, May 27, 2010

Karnival Bola Sepak IPTS 2010

Pasukan UniKL akan menyertai Karnival Bola Sepak IPTS 2010. Makluman kejohanan adalah seperti berikut :

Nama kejohanan : Karnival Bola Sepak IPTS 2010
Tarikh kejohanan : 7 - 11 Jun 2010
Tempat : UKM Bangi Selangor

Sebanyak 18 Pasukan akan bertanding dalam kejohanan ini dan dibahagikan kepada 4 kumpulan :

Kumpulan A
1. UniKL
2. Lim Kok Wing Uni.
3. MSU
4. GMI

Kumpulan B
1. Kolej Tunku Abdul Rahman
2. Nilai Uni. College
3. Taylors College
4. Uni. Teknologi Petronas

Kumpulan C
1. KLIUC
2. SEGI College
3. IKIP
4. UNISEL
5. UNITEN

Kumpulan D
1. Uni. Tun Abdul Razak
2. MMU
3. BESTARI
4. Masterskill College
5. KUIS

Berikut adalah jadual perlawanan pasukan UniKL pada kejohanan ini :

Tarikh

Perlawanan

Masa

Tempat

7/6/2010

UniKL vs Lim Kok Wing Uni.

8.15am

UKM A

8/6/2010

UniKL vs GMI

8.15am

UKM A

9/6/2010

UniKL vs MSU

8.15am

UKM A

10/6/2010

Suku Akhir

5.00pm

UKM

11/6/2010

Separuh Akhir

8.15am

UKM

11/6/2010

Perlawanan akhir & Tempat ke-3

4.30pm

Stadium UNITEN

Berikut adalah senarai pemain yang akan memikul cabaran UniKL ke Karnival Bola Sepak IPTS 2010 :

Penjaga Gol

1. Mohd Baihaqi Bin Mohd Nazri

2. Ruzaini Faisal Bin Zawawil Al Ansari

Pertahanan

1. Ahmad Muzzamil bin Mohd Salim

2. Shahrul Zharif Bin Soaidi

3. Muhammad Adli Bin Zulgafli

4. Muhammad Shafiq Bin Ismail

5. Muhammad Nur Muazzim Bin Marzuki

6. Rostinor B. Rosli

7. Mohd Shaharom bin Abdullah

Tengah

1. Mohd Hafiz Bin Mohd Zaini

2. Ahmad Zawawi Bin Zainuddin

3. Muhammad Shazwan Zaini

4. Dzulhilmy B. Abdullah Zawawi

5. Fakhrul Hafiz Bin Mohd Sakeri

6. Rafie B. Katin

7. Muhammad Rushdi bin Roslan

8. Mohamad Hisyamudin Bin Ramlan

Penyerang

1. Mohd Hishammuddin Bin Abdul Razak

2. Mohd Raiful Shahril

3. Mohd Syafiq Bin Mohd Zahari

4. Mohd Nazrin Fahmi bin Ramlan

5. Ahmad Afif Bin Hashim

Kepada semua penyokong, marilah beramai – ramai turun menyokong pasukan bola sepak UniKL. Sokongan anda amat kami perlukan untuk menyuntik semangat semua pemain dan membawa pulang piala kejuaraan ke UniKL

- GO UniKL GO -

Tuesday, May 25, 2010

Majlis Anugerah UniKL 2009

Majlis ini diadakan pada 5 Februari 2010 yang lalu untuk meraikan para pelajar yang telah meraih kejayaan sama ada dalam sukan, pelajaran, research dan perniagaan. Majlis gilang gemilang yang telah diadakan di UniKL City Campus mengumpulkan semua mereka yang telah berjaya. Pasukan bola sepak UniKL sekali lagi dianugerahkan pasukan terbaik 2010 untuk kali ke-2 berturut-turut kerana pencapaian mereka dalam Liga MASUM Unileague 2009 dan berjaya meletakkan UniKL setaraf dengan pasukan-pasukan elit yang lain. Diharapkan pencapaian ini dapat diteruskan di masa yang akan datang. Tahniah pasukan bola sepak UniKL

Senarai penerima Anugerah

Anugerah Pasukan Terbaik UniKL 2009
Pasukan Bolasepak UniKL UniKL


Anugerah Olahragawan Harapan UniKL 2009
Mohamad Amiruddin Ismail UniKL IPROM

Anugerah Olahragawati Harapan UniKL 2009
Nur Faten Farahana Bt Rosme UniKL MIIT

Anugerah Kelab & Persatuan Terbaik UniKL 2009
Kelab Aries UniKL MIIT

Anugerah Perdana UniKL 2009 (Individual)
Nurhana Bt Mohammed Tamin UniKL BMI

Anugerah Perdana UniKL 2009 (Team)
Aries Malaysia Business-IT Case Challenge 2009 UniKL MIIT

Anugerah Usahawan Siswa UniKL 2009
Siti Jamilah Mat Rasit @ Abdul Naim UniKL MICET

* untuk senarai penuh penerima anugerah, sila klik sini

Thursday, May 20, 2010

majlis anugerah MASUM 2009

Majlis gilang gemilang ini telah berlangsung pada 6 Ogos 2009 bertempat di Heritage Hotel, Ipoh. Majlis yang diadakan untuk menghargai pasukan-pasukan yang telah berjaya dalam MASUM Unileague 2009. UniKL telah berjaya menggondol 2 anugerah utama bagi kempen tahun ini.

1. Anugerah tempat ke-3 MASUM Unileague 2009 Premier Divisyen
2. Pasukan IPTS terbaik
3. Penjaring terbanyak Premier Divisyen ( Mohd Syafiq Mohd Zahari - 9 gol)

Beberapa jemputan yang ditemui ketika majlis ini amat kagum dengan pencapaian pasukan UniKL kerana berjaya bersaing dengan pasukan-pasukan pilihan lain seperti UiTM, UTM dan UPM. Mereka juga tidak menolak bahawa UniKL bakal menjadi salah sebuah pasukan yang disegani suatu hari nanti. Tahniah UniKL

Sekitar Majlis Anugerah MASUM 2009









Wednesday, May 19, 2010

MASUM Unileague 2009

Kejohanan anjuran MASUM ini telah berlangsung sepanjang tahun 2009 dengan UniKL sekali lagi dijemput untuk menyertai liga ini. Pada permulaan musim, persembahan pasukan agak hambar dan beberapa kecederaan kepada pemain utama sedikit sebanyak mencacatkan persembahan pasukan. Setelah beberapa rombakan pada pihak pengurusan dan pemain dilakukan, ternyata ianya mendatangkan hasil dengan beberapa keputusan yang mengejutkan.

Pada 3 perlawanan terakhir, UniKL telah mencatat beberapa keputusan yang mengejutkan. Ketika bertemu dengan UTM, UniKL telah berjaya menumpaskan UTM 1-0 hasil jaringan Mohd Syafiq Mohd Zahari. Pada perlawanan berikutnya bertemu UiTM yang dianggap favorite, UniKL sekali lagi membuktikan kekentalan mereka dengan mengikat UiTM 1-1 hasil jaringan Mohd Hishamuddin Razak.

Pada perlawanan terakhir, UniKL memerlukan kemenangan besar untuk mengesahkan tempat ketiga. Lawan yang bukan mudah, UM merupakan bekas juara divisyen 1. Sekali lagi anak2 buah bimbingan En. Nizam Husen dan En. Zaharull Hamdan menghasilkan keputusan luar jangkaan dengan menumpaskan UM dengan jaringan 7-1. Gol2 dihasilkan oleh Mohd Hishamuddin Razak (4 gol) dan Mohd Syafiq Mohd Zahari (3 gol). Dengan keputusan ini UniKL berjaya menduduki tempat ke-3 liga dan seterusnya kekal di liga Premier utk musim hadapan. Tahniah dan syabas kepada semua pemain dan pengurusan atas usaha dan keringat yang dicurahkan sehingga berjaya menempatkan UniKL pada satu tahap yang tersendiri. Untuk melihat carta penuh Liga MASUM Unileague 2009, sila tekan sini

Pasukan UniKL di MASUM Unileague 2009
















Tuesday, May 18, 2010

MASUM FA Cup 2009

Kejohanan anjuran MASUM ini telah berlangsung pada 13 - 20 Mei 2009 di UiTM Sri Iskandar Perak. pada kejohanan ini, UniKL telah menjadi johan (kumpulan kalah) apabila menewaskan USM dengan jaringan 1-0. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain dan pengurusan atas kemenangan ini.

Pasukan UniKL di Kejohanan MASUM FA Cup 2009











Monday, May 17, 2010

perlawanan bola sepak piala tengku mahkota unikl vs ump

berlangsung di stadium cheras unikl menundukkan ump dengan jaringan 3-0. gol dihasilkan oleh hishamuddin abd razak (2 gol) dan mohd syazwan zaini. tahun lalu kedua-dua pasukan sekadar seri 1-1. pasukan yang dibimbing oleh jurulatih nizam husen dan zahrull hamdan mempamerkan permainan menarik pada perlawanan ini. Tengku Mahkota Pahang yang juga Canselor UniKL dan UMP berkenan mencemar duli utk menyaksikan seterusnya menyampaikan piala kepada pemenang.

sebarkan