Pada 3 perlawanan terakhir, UniKL telah mencatat beberapa keputusan yang mengejutkan. Ketika bertemu dengan UTM, UniKL telah berjaya menumpaskan UTM 1-0 hasil jaringan Mohd Syafiq Mohd Zahari. Pada perlawanan berikutnya bertemu UiTM yang dianggap favorite, UniKL sekali lagi membuktikan kekentalan mereka dengan mengikat UiTM 1-1 hasil jaringan Mohd Hishamuddin Razak.
Pada perlawanan terakhir, UniKL memerlukan kemenangan besar untuk mengesahkan tempat ketiga. Lawan yang bukan mudah, UM merupakan bekas juara divisyen 1. Sekali lagi anak2 buah bimbingan En. Nizam Husen dan En. Zaharull Hamdan menghasilkan keputusan luar jangkaan dengan menumpaskan UM dengan jaringan 7-1. Gol2 dihasilkan oleh Mohd Hishamuddin Razak (4 gol) dan Mohd Syafiq Mohd Zahari (3 gol). Dengan keputusan ini UniKL berjaya menduduki tempat ke-3 liga dan seterusnya kekal di liga Premier utk musim hadapan. Tahniah dan syabas kepada semua pemain dan pengurusan atas usaha dan keringat yang dicurahkan sehingga berjaya menempatkan UniKL pada satu tahap yang tersendiri. Untuk melihat carta penuh Liga MASUM Unileague 2009, sila tekan sini
Pasukan UniKL di MASUM Unileague 2009








No comments:
Post a Comment